Tuesday, October 25, 2011

Bayi diselamatkan dari runtuhan bangunan gempa bumi di Turki


Jumlah korban bencana gempa bumi di Turki kini meningkat melebihi 400 orang dan 1000 lagi tercedera. Pasukan penyelamat masih lagi menggali ke dalam bangunan-bangunan yang runtuh di Tenggara Turki untuk mencari mangsa-mangsa yang masih terperangkap dalam bangunan runtuh. Usaha tersebut membuahkan hasil apabila pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang bayi yang masih hidup berusia dua minggu dalam runtuhan bangunan tersebut. Bayi tersebut berada dalam bangunan pangsapuri yang runtuh sejak dua hari yang lalu. Pasukan penyelamat kemudian menarik ibu bayi tersebut- Semiha Karaduman dan seorang nenek-Gulzade Karaduman dengan sorakan dan tepukan. Bayi itu kini berada dalam keadaan yang baik tetapi dihantar ke sebuah hospital di ibu negara- Ankara.

Menurut wakil Al-Jazeera-Anita McNaught dari Erics, ketiga-tiga orang mangsa tersebut terselamat apabila mereka di berada di sebalik sebuah katil sofa.

Sehingga kini, pasukan penyelamat masih menggali bangunan-bangunan yang runtuh bagi menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan. Sekurang-kurangnya, hampir 9 orang berjaya diselamatkan manakala yang lain ditemui meninggal di tempat kejadian. Pasukan penyelamat menggunakan jentera berat, jackhammers, penyodok untuk menyisir runtuhan tersebut.

Pada hari Selasa, gegaran berlaku dengan magnitud 5.4 melanda di wilayah Van. Sumber laporan tersebut daripada Kandili Observatory dan Institut Penyelidikan Gempa Bumi. Hampir 500 gegaran yang berlaku telah direkodkan di kawasan ini sejak gempa bumi pada hari Ahad yang lalu. Gegaran tersebut menimbulkan suasana panik di kawasan penjara Van, di mana tahanan membakar bahagian-bahagian tertentu bangunan supaya mereka dapat dilepaskan. Sebahagian daripada penjara tersebut terbakar pada malam selasa dan saksi melaporkan bahawa tembakan kedengaran dari arah dalam bangunan.

Menurut wartawan Al-Jazeera yang berada di situ, situasi di kawasan penjara Van amat serius di mana kelihatan api dalam penjara dan seorang pengawal keselamatan dalam penjara tersebut lengkap dengan perisai rusuhan bergerak turun dari salah satu bangunan pemerhati, manakala saudara-mara banduan telah berkumpul di luar penjara.
Laporan daripada pejabat Perdana Menteri-Recep Tayyip Erdogan berkata pada hari Selasa, angka kematian rasmi telah meningkat sebanyak 432 orang. Beribu-ribu mangsa kini menghabiskan waktu malam dalam keadaan kesejukan dan hampir beku. Peristiwa ini di kritik kerana pihak berkuasa gagal memastikan tempat perlindungan tersebut dalam keadaan baik pada waktu malam di mana suhu menjunam ke paras sejuk. Kerajaan memohin maaf atas kelambantan mengedarkan khemah kepada mangsa-mangsa yang menunggu untuk menerima bantuan.Besir Atalay, Timbalan Perdana Menteri memantau operasi tersebut, berkata: "Mulai hari ini, tiada rakyat kita yang akan kekurangan."

Emin Kayram dari Erics menyifatkan keadaan mereka sangat teruk di mana mereka terpaksa menginap di luar rumah dalam cuaca yang sejuk tanpa khemah. Gambaran daripada siaran televisyen menunjukkan lelaki yang terdesak menolak antara satu sama lain untuk mendapatkan khemah dari trak Bulan Sabit Merah.

Huseyin Celik, timbalan pengerusi Parti AK yang memerintah berkata, "saya tidak fikir pasukan Bulan Sabit Merah berjaya mengedarkan khemah, saya memohon maaf dari pihak kami semua".

Sejumlah 2200 bangunan runtuh akibat gempa bumi dan gegaran susulan termasuk sebuah asrama sekolah di Erics di mana ramai pelajar yang dipercayai telah dikebumikan. Pasukan Bulan Sabit Merah berkata, ia telah mengadarkan 13000 khemah dan menyediakan tempat perlindungan sementara untuk lebih kurang 40 000 orang walaupun tiada angka yang pasti bagi mangsa-mangsa yang tiada tempat tinggal. Padang bola sepak di Erics kini di ubah menjadi kem penyelamat. Kira-kira 1500 unit darah telah dihantar ke kawasan tersebut. Kerajaan berkata, hampir 2400 pasukan penyelamat dari 45 bandar dan lebih 200 ambulans telah dikerahkan du seluruh kawasan bencana.

Sumber : Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook