Tuesday, October 25, 2011

Gaddafi Telah Dikuburkan Ditempat Rahsia


Seorang pekerja pejabat militer Misrata mengatakan bahawa Muammar Gaddafi,anaknya- Mu'tassim Gaddafi dan pembantu Gaddafi telah dikuburkan di sebuah lokasi rahsia dan dihadiri oleh beberapa orang kerabat dan pekerja. Dalam sebuah mesej yang dikirimkan kepada Associated Press, juru bicara Ibrahim Beitalmal menyatakan bahawa pengebumian mayat tersebut berlangsung pada waktu subuh pukul 05:00 pagi, hari Selasa (25/10/11). Proses pengebumian tersebut turut tersertakan dengan bacaan doa berlandaskan ajaran Islam.

Tiga mayat tersebut sebelum ini telah disimpan di dalam sebuah freezer di sebuah tempat di Misrata sejak hari khamis yang lalu. setakat ini, punca kematian Gaddafi masih belum dapat dikenal pasti lagi. Berikutan daripada itu, pemimpin Libya telah berjanji akan melakukan penyiasatan terhadap punca kematian tersebut.

Menurut sumber maklumat Beitalmal, lokasi kubur Gaddafi, dan 2 orang yang lain akan dirahsiakan untuk mengelakkan sebarang vandalisme dan pencerobohan terhadap kubur tersebut.

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook