Monday, October 24, 2011

300 Terkorban Dalam Gempa Bumi Di Turki

Seramai hampir 300 orang disahkan meninggal manakala 1300 orang lagi tercedera akibat gempa bumi di Turki. Sehingga kini, usaha menyelamat mangsa-mangsa gempa bumi yang tertimbus dalam bangunan-bangunan yang runtuh masih dijalankan dan dijangka angka korban bakal meningkat dari masa ke semasa.

Berkata pihak berkuasa pada hari Isnin, angka kematian mungkin tidak akan meningkat sebagaimana pada awalnya kerana beberapa orang yang telah diselamatkan dalam runtuhan bangunan sebelum ini masih hidup lagi. Katanya lagi, sebanyak 970 buah bangunan runtuh di dua bandar di wilayah Van akibat gempa bumi 7,2-magnitud,pada petang Ahad semalam.

Idris Naim Sahin, Menteri Dalam Negeri Turki berkata, seramai 95 orang telah meninggal dunia di bandar Van dan 169 lagi di daerah Erics dalam gempa bumi terburuk yang melanda Turki sejak tahun 1999 yang telah membunuh seramai 20,000 orang.

Turki telah menghantar seramai 1275 orang pasukan penyelamat kepada 38 bandar serta 145 ambulans untuk mempercepatkan proses menyelamat. Menurut maklumat pasukan tentera,seramai 6 batalion turut terlibat dalam usaha menyelamat ini.

6 helikopter termasuk empat helikopter ambulans dan pesawat kargo tentera C-130 telah dihantar ke kawasan yang berkenaan dan membawa khemah-khemah, makanan dan ubat-ubatan.

Besir Atalay, Timbalan Perdana Menteri Turki berkata bahawa pasukan penyelamat kini telah berjaya mengesan semua kawasan yang dilanda gempa bumi di wilayah Van termasuk kampung-kampung terpencil.

Anita Mcnaught daripada Al Jazeera melaporkan dari bandar yang teruk terjejas iaitu bandar Erics, berkata :"seorang anggota penyelamat memberitahu bahawa mereka berjaya menyelamatkan seramai 700 orang mangsa gempa bumi yang melanda di kawasan bandar Erics". Beliau menambah bahawa masih ramai mangsa yang terperangkap dalam runtuhan gempa bumi kerana pasukan penyelamat menggunakan alat bantuan mencari orang dan pasukan penyelamat juga turut boleh mendengar suara mereka.

Yalcin Akay yang bermastautin di bandar Erics merupakan mangsa gempa bumi telah berjaya dikorek keluar dari sebuah bangunan enam tingkat yang runtuh. Kaki Yalcin Akay tercedera akibat bencana tersebut. Yalcin Akay sempat memanggil talian kecemasan polis dan menjelaskan lokasinya. Tiga orang lain, termasuk dua kanak-kanak, juga berjaya diselamatkan dari bangunan yang sama kira-kira 20 jam selepas gempa bumi melanda, kata pegawai yang bertugas.


Sumber : Al-Jazeerah

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook