Seorang tokoh ulama' muslim Sydney, Syeikh Nasir Zuway yang melawat Libya semasa pemberontakan di sana dikhuatiri telah meninggal dunia. Sebahagian keluarga Syeikh Nasir Zuway dari Australia, presiden Kesatuan Afrika Australia dan Persatuan Arab melaporkan bahawa jasad Syeikh Nasir Zuway sedang dihantar dari Sirte ke rumah bapa saudaranya di mana, perjalanan tersebut mengambil masa selama tujuh jam dari bandar.
Syeikh Zuway memasuki Libya melalui jalan darat dari Mesir pada bulan Februari yang lalu bersama isteri dan anak-anaknya. Walaubagaimanapun, Syeikh Zuway memutuskan untuk tinggal di Libya untuk bersama pemberontakan rakyat menentang rejim Gaddafi.
Pengasas Persatuan Persahabatan Islam Australia, Keysar Trad, bercakap bagi pihak keluarga Syeikh Zuway berkata, keluarga Syeikh Zuway sedang menunggu untuk pengesahan akhir kematian Syeikh Zuway. Status keadaan isteri dan tiga orang anaknya masih belum diketahui.
"Sementara kita menunggu semua itu, semua orang berusaha mengumpulkan berita dari sumber-sumber yang melaporkan maklumat tersebut. Sumber yang sangat boleh dipercayai," katanya menegaskan.
"Kami tidak mempunyai butiran tentang bagaimana dia meninggal,apa yang boleh kita lakukan sekarang hanyalah meneka sahaja atau menduga apa yang telah terjadi."
Seorang jurucakap Jabatan Luar Negeri dan Perdagangan mengatakan bahawa dia sedang menyiasat laporan bahawa seorang warga Australia telah terkorban di Libya.
Syeikh Nasir Zumay merupakan seorang ulama' yang lahir di Libya dan diberikaan suaka politik (gagasan bidangkuasa di mana seseorang yang dianiaya bagi pendapat politik di negaranya sendiri boleh dilindungi oleh kerajaan berdaulat lain atau negara asing) di Australia pada era 1990-an. Beliau telah berkata bahawa beliau tidak akan pulang ke Sydney sehingga bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddfi dikalahkan.
Bercakap kepada ABC radio dari pusat NTC di Benghazi Mac lalu, ia telah mengatakan bahawa ia bersedia untuk mati dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Libya.
"Saya bersedia untuk mati demi kebebasan dan keadilan serta untuk melihat negara kami diberikan tempat sepatutnya dan Gaddafi meninggalkan Libya," katanya.
Keysar Trad dari persatuan Persahabatan Islam Australia mengatakan, mengatakan bahawa kali terakhir beliau berbula dengan Syeikh Zumay adalah pada 3 minggu yang lalu.
Jika kematian itu disahkan. satu majlis takziah yang bakal dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Islam yang utama di Australia akan diadakan pada petang Khamis, esok, kata Trad.
Sumber : Eramuslim
0 comments:
Post a Comment