Wednesday, October 19, 2011

Kota Bani Walid Jatuh ditangan pembangkang


Selepas tiga hari pertempuran kuat di Kota Bani Walid akhirnya kawasan itu benar-benar di bebaskan oleh NTC (Majlis Peralihan Kebangsaan). Kota Bani Walid adalah salah satu kubu terakhir di bawah pemimpim Muammar Gaddafi.

Tentera NTC berkata pada Isnin lalu mereka menghadapi rintangan amat kuat untuk membebaskan Bandar ini,Kota Bani Walid terletak kira-kira 170km tenggara Tripoli.Walaupun banyak rintangan dan tentantang oleh kuasa-kuasa pro-Gaddafi namun hampir 95 peratus kawasan dibawah kawalan NTC.

Al Jazeera mengatakan keadaan kawasan ibu Negara di Tripoli boleh dikatakan lebih tenang berbanding sebelum ini. Namun ada beberapa perayaan di sini di halang oleh NTC. Mereka mengatakan selagi tidak mencapai 100 peratus kawalan milik mereka, penjagaan masih lagi di kawal setiap masa. Kawasan Sirte kini juga kekal sebagai tempat terakahir untuk NTC mengawal dan tempat terakhir di mana penyokong setia utama Gaddafi mengambil posisi yang terakhir.

Sirte adalah tempat kelahiran Gaddafi dan kubu kuat terakhir di kawasan pantai. Pantai Mediterranean pula adalah tapak petempuran sengit antara kausa-kuasa NTC dan Pro-Gaddafi akan tetapi kawasan itu sudah mulai tenang.

Muhammad Salim, seorang mata-mata bagi pasukan revolusioner mengatakan pada Isnin kelmarin, loyalis Gaddafi ataupun kawasan kuat Gaddafi telah menjadi kawasan kecil.

“Dengan kehendak Allah kita akan mengusir mereka bila tiba masanya,” kata Salim.

Sumber di olah : Al Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook