Tuesday, October 18, 2011

Raja Jordan Pecat Perdana Menteri Jordan


Raja Jordan, Raja Abdullah (kiri)

Raja Jordan, Raja Abdullah telah memecat Maaruf Bakhit, Perdana Menteri Jordan dan beliau telah melantik Awn Khaswaneh, 61 seorang pakar undang-undang antarabangsa untuk mengetuai kerajaan baru. Hal ini dilihat juga apabila perhimpunan yang dilakukan menuntut pembaharuan dalam politik dan ekonomi negara.

Bakhit dikatakan membawa pembaharuan yang sangat perlahan pada pakej reformasi di dalam satu arena politik di negara tersebut. Keputusan ini telah disepakati oleh majoriti daripada 70 ahli parlimen menggesa Raja Abdullah untuk memecat beliau. “Kami telah menerima perletakan jawatan Perdana Menteri Maaruf Bakhit dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai sector masyarakat serta surat yang telah kami terima dari majoriti Parlimen.” kata raja.

“Berterusan memandu pembaharuan reformasi politik dan mengkaji semula undang-undang yang sejajar dengan perlembagaan baru kami, kebebasan, pluralism dan kedaulatan undang-undang,” kata Raja Abdullah dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Khasawneh.

“Pelantikan Khasawneh bertujuan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan. Kerajaan sebelum ini telah mewujudkan banyak krisis dan permasalahn dalam negara,” berkata juga penganalisis politik Mohammad Masri kepada AFP.

Dalam pada masa yang sama, Raja Abdullah telah melantik Mejar-Jeneral Feisal Shobaki sebagai ketua perisiskan yang baru menggantikan Mohammad Raqqad yang telah memegang jawatan itu sejak 2008.

Sumber : Al Jazeera , Ahram

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook