Monday, October 17, 2011

Perisik Israel Ditukar Dengan 81 Rakyat Mesir Yang Ditahan

Ilan Grapel

Menurut sumber daripada radio Israel, Israel dijangka akan membebaskan 81 tahanan yang terdiri daripada rakyat Mesir yang telah ditangkap oleh Israel sebagai pertukaran dengan pengintip Israel, Ilan Grapel.

Ilan Grapel telah berada di Mesir sejak 12 Jun yang lalu dan dituduh sebagai seorang ejen agensi perisikan MOSSAD Israel dan telah menyemai persengketaan mazhab dan huru-hara di Mesir semasa pemberontakan yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak pada bulan Februari.

Pertukaran itu akan dilaksanakan selepas rejim Zionis selesai menukar tahanan Palestin dengan askar Israel, Gilad Shalit, namun kedua-dua kes tersebut tidak mempunyai kaitan.


Sumber : Alarabiya , Ahram

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook