Sunday, October 23, 2011

MUFTI LIBYA: GHADAFY KAFIR, TIDAK BOLEH SOLAT KE ATASNYA


Mufti Libya, Sheikh Sadiq Ghariani memberitahu bahawa tidak boleh mendirikan solat ke atas Ghadafy di setiap masjid-masjid umat Islam menurut undang-undang Islam atau melakukan solat jenazah oleh semua orang Islam termasuk syeikh-syeikh, ulama dan pemimpin Islam. Menurut mufti tersebut, Ghadafy secara jelas adalah kafir, menafikan sunnah nabi Muhammad SAW, malah tindakan dan perkataan beliau selama ini menunjukkan terkeluarnya dari ajaran Islam dan melampaui batas.

Ghariani menambah, dalam fatwa dan pendapat beliau yang telah disiarkan pada Ahad dan dicetak oleh media Libya - bahawa " tidak ada solat baginya, datang dari punca-punca yang kukuh, yang mana akan menjadi pengajaran kepada pemimpin-pemimpin yang lain. Beliau boleh dikuburkan di perkuburan orang Islam, hanya kaum keluarga beliau sahaja yang boleh memandikan dan mendirikan solat ke atasnya." Beliau menegaskan wajib merahsiakan tempat dimana tempat kuburan Ghadafy demi mengelakkan perselisihan antara rakyat Libya dan supaya tidak mengubah kuburnya menjadi makam.

Sumber olahan: Al-Basheer

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook