Sunday, October 23, 2011

Putera Mahkota Arab Saudi Meninggal Dunia


Putera Mahkota Arab Suadi meninggal dunia pada hari Sabtu (22/10/2011) pada usia 85 tahun di Amerika Syarikat semasa menjalani rawatan di sana.

Pengumuman telah dibuat melalui siaran televisyen dan turut menyiarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bersama rakaman Kaabah di Mekah.

Putera Mahkota sebelum ini telah menjalani rawatan perubatan sejak bulan enam yang lalu di New York dan rawaran ini merupaklan kali kedua beliau menerima rawatan di New York dalam tempoh tiga tahun yang lalu. Beliau yang merupakan pewaris takhta pengeksport minyak utama di dunia,menteri pertahanan dan menteri penerbangan selama empat dekad telah dimenghembuskan nafas yang terakhir pada pagi subuh hari sabtu, semalam.

Arwah Putera Mahkota Sultan bin Abdul Aziz dilahirkan pada tahun 1931. Beliau telah lama menerima rawatan perubatan dan menghabiskan masa selama beberapa bulan di hospital Presbyterian, New York pada tahun 2009 untuk menjalani pembedahan dan kemudian dihantar ke Maghribi untuk tujuan pemulihan.


Sumber : Alarabiya

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook