Saturday, October 29, 2011

LIGA ARAB DESAK BASHAR HENTI KEGANASAN


DAMASKUS - Menteri-menteri luar Liga Arab menggesa Presiden Syria Bashar al-Assad agar menghentikan penindasan yang dilakukan pasukan tentera sehingga menyebabkan 36 peserta demonstrasi terkorban dalam serangan baru-baru ini. Pasukan tentera terus melakukan keganasan terhadap peserta demonstrasi yang menuntut pengunduran Assad.

Setiausaha Menteri Negara Liga Arab mengeluarkan kenyataan pada Jumaat (28/10), "Jawatankuasa menteri Arab menyuarakan bangkangan penuh terhadap pembunuhan orang awam yang berlaku di Syria dan mengharapkan kerajaan Syria mengambil langkah-langkah untuk melindungi rakyat mereka."

Sebahagian besar korban terjadi di Hama, utara Syria dan Homs, di tengah Syria, lapor pemerhati Hak Asasi Manusia. Pasukan keselamatan Syria mengepung masjid bertujuan menghalang penunjuk perasaan melakukan bantahan selepas solat Jumaat. Mereka menembak mengunakan peluru hidup untuk menyuraikan himpunan, lapor pemerhati.

Pasukan keselamatan membunuh sekurang-kurangnya 36 orang termasuk budak lelaki berumur 15 tahun di wilayah Idlib. Mencederakan lebih 100 orang dan menangkap 500 orang. Hama dan Homs menjadi pusat gerakan anti-Syria menentang kerajaan sejak bermula pada pertengahan bulan Mac sehingga kini. Kenyataan dari PBB, 3000 orang telah terkorban, sebahagian besar orang awam.

Tentera melancarkan operasi selama beberapa minggu di Qusayr, sempadan Lebanon. Pertempuran berlaku antara tentera kerajaan dan tentera yang membelot, lapor para aktivis.

Ketua pemerhati Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman, memberitahu AFP di Nicosia, korban terbanyak adalah di wilayah Homs sejak bantahan meletus, kira-kira 40% daripada bilangan penunjuk perasaan yang terkorban.

Sumber disunting: Kompas.com, Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook