Saturday, October 29, 2011

KHARTOUM: DEMONSTRASI MENYOKONG RAKYAT SYRIA



SUDAN - Lebih daripada 350 orang berkumpul di Khartoum Jumaat semalam bertujuan menzahirkan sokongan "intifadha Syria" menentang kerajaan Bashar al-Assad
disamping membantah penindasan dan kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat
Syria.

Berita AFP melaporkan kira-kira 350 orang datang dari masjid terbesar Sudan terletak di pusat bandar, membawa kain rentang tertulis "darah umat Islam adalah dilarang untuk seorang muslim."

Peserta demonstrasi melaungkan "Tiada muslimin Iran dan Alawiyyin dalam perkara ini" dan "Allahu Akbar". Perarakan dan demonstari berada dalam keadaan terkawal dibawah pemantauan polis. Beberapa Imam masjid Khartoum menyampaikan ucapan ketika demonstari.

Persatuan Saintis Sudan memberi kenyataan hari ini bahawa wajah kerajaan Bashar terhadap peserta demonstrasi "menentang undang-undang syariah Islam."

Demonstrasi ini bertepatan dengan peningkatan bantahan dan kematian di Syria. Jumlah kematian meningkat di mana 37 orang terbunuh hari ini dalam demonstrasi sekatan antarabangsa, dimana wilayah Homs mencatat bilangan terbanyak.

Sumber olahan: Mufakkirah Islam

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook