Friday, October 28, 2011
SENJATA KIMIA REGIM GHADAFY DITEMUI!
TRIPOLI - Dewan Peralihan Nasional (NTC) melaporkan pasukan Libya telah menemui senjata kimia regim Moammar Ghadafy. Demikian tersebut, hulu peledak senjata itu dimatikan oleh beberapa pakar senjata.
"Senjata-senjata itu berasal daripada era Ghadafy dan kini dalam penjagaan rapi sehingga diambil alih keseluruhannya," kata seorang wakil NTC dalam pertemuan bersama wakil NATO di Qatar.
Penemuan tersebut membuktikan bahawa Ghadafy menolak penyerahan senjata pemusnah
massal atau weapons of mass destruction (WMD) sekalipun pernah membuat perjanjian yang dinamakan "Deal In The Desert" dengan Tony Blair pada tahun 2004.
Blair mengatakan beliau memaksa Ghadafy supaya menghentikan proses WMD, tetapi beliau meneruskannya disebabkan berlaku pemberontakan. Sebaliknya para pemberontak mulai risau Ghadafi akan menggunakan senjata pemusnah itu terhadap mereka.
Beberapa tempat baru penyimpanan WMD ditemukan sejak kejatuhan regim Ghadafy yang mana "mengumpulkan peluru berpandu antipesawat terbesar setakat ini," lapor Ian Martin, ketua misi PBB untuk Libya, dalam perjumpaan Dewan Keamanan.
Martin menyatakan di hadapan 15 anggota Dewan Keamanan, "ribuan antara senjata tersebut musnah ketika operasi NATO. Namun, saya harus melaporkan kerisauan kami terhadap penggalian dan penyebaran MANPADS atau Man-Portable Air Defense System."
Banyak peluru dan bom yang digali. Sementara itu, bahan senjata kimia dan nuklear kini dalam kendalian pasukan NTC, ujar Martin lagi.
Tambah Martin, sebahagian besar lokasi penyimpanan MANPADS berada di wilayah timur Libya, setelah dianalisa oleh pakar antarabangsa yang bekerjasama dengan NTC. Ratusan tempat di wilayah itu dijangka menjadi lokasi penyimpanan, kini masih dalam penganalisaan.
Martin juga melaporkan, terdapat bom di pelbagai tempat sekitar Libya. Pada waktu yang sama, peluru berpandu dan bom dijumpai di Sirte dan Bani Walid, dua kota pertahanan Ghadafi.
"Banyak stok senjata disimpan di kawasan perumahan, sekolah dan rumah sakit di Tripoli. Stok tersebut dipindahkan oleh pasukan Ghadafi untuk disembunyikan daripada serangan NATO. Sehingga sekarang, tempat penyimpanan itu tidak aman," tambah Martin.
Sumber diolah : kompas.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment