Sunday, October 30, 2011
SIRTE MENJADI TEMPAT PERKUBURAN DAN PENGEBUMIAN MAYAT
SIRTE - Sukarelawan Libya menemui puluhan mayat di Sirte, bandar asal bekas Kolonel Muammar Ghadafi, termasuk mayat-mayat orang awam yang dipercayai terkorban dalam serangan udara NATO.
Mereka juga mendapati 26 kubur pejuang pemberontak yang menentang pejuang setia Ghadafi hingga ke akhirnya, ditanam secara terburu-buru dengan batu-bata dan dilindungi dengan loji air bahagian kedua.
Wakil France-Presse melaporkan, longgokan mayat tersebut ditemui di dalam pasir malah dapat dilihat di atas permukaan tanah dengan jelas dan bau mayat dapat dihidu dengan kuat serta kubur mereka dijumpai bertaburan disekeliling bangunan stesen yang musnah.
Mayat-mayat pejuang pemberontak yang bertempur dengan pejuang setia Ghadafi telah dikebumikan secara tergesa-gesa oleh rakan seperjuangan mereka ketika pejuang Majlis Peralihan datang untuk mengawal bandar Sirte, kata salah seorang sukarelawan yang mengendalikan mayat-mayat tersebut.
Sementara itu, Badan Kebajikan Green Mountain berkata, lebih daripada 50 mayat orang awam dijumpai di bawah runtuhan bangunan-bangunan yang menjadi tapak serangan udara NATO iaitu di persimpangan jalan Dubai dan Alfateh yang berada di pusat bandar.
Berpandukan penemuan mayat-mayat ini, bersama dengan kritikan daripada hak asasi manusia kepada pemberontak yang diketuai oleh Dewan Negara Peralihan, laporan pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan pemberontak, menunjukkan ia telah dilakukankan para pemberontak apabila mereka memasuki kota Sirte pada 20 oktober lalu.
Olahan Sumber : aljazeera.net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment