Saturday, October 1, 2011

"BASMALAH" ATAS TISU TANDAS ISRAEL!!!

Palestin: Sebuah syarikat Israel membangkitkan kemarahan rakyat Palestin, negara yang mereka jajahi secara haram sejak tahun 1948 dengan mencetak perkataan "basmalah" dengan tulisan khat Thuluth di atas produk mereka, termasuk kertas tandas dan tisu tandas.

Perkataan "Bismillah" jelas di atas produk syarikat mereka, diedarkan kepada semua restauran-restauran syarikat Israel, kesannya menimbulkan kemarahan terhadap Pergerakan Arab Islam (Palestin 48), menuntut syarikat tersebut mempamerkan slogan Islam pada produk mereka serta merta.

Daerah "Jaffa" yang merupakan tempat Pergerakan Arab Islam berada dalam Garisan Hijau (Palestin 48) melahirkan rasa marah dan kesal lantas berkata: Kami merasakan tindakan ini merupakan satu cara untuk menjejaskan aqidah umat Islam melalui penggunaan barang dan kata-kata sebagai simbol perniagaan Islam.

Tambahan pula ini adalah salah satu penyalahgunaan simbol-simbol yang disengajakan dalam urusan perdagangan dan ianya menyinggung perasaan umat Islam, terutama di atas produk kertas bilik mandi atau tisu tandas.

Mereka menuntut syarikat Israel tersebut,"Dalal" untuk membuang perkataan "Bismillah" yang mereka gunakan di atas tuala dan tisu tandas, yang mana jelas menghina agama Islam. Mereka juga menuntut agar syarikat tersebut memohon maaf secara rasmi disebabkan perbuatan mereka.

Mereka percaya penggunaan simbol-simbol Islam bertujuan menghina Islam adalah sesuatu yang tidak asing bagi syarikat-syarikat Israel, merupakan cara-cara mereka yang sistematik untuk mewujudkan sikap prejudis kepada umat Islam. Timbul usul pertanyaan, "Adakah anda berani untuk meletakkan atau menggunakan ayat-ayat dari kitab Bible di atas produk anda dalam setiap perniagaan?!"

Sumber olahan: Mufakkirah Islam

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook