Friday, September 30, 2011

SAADI GHADAFY TERSENARAI BURUAN PALING DIKEHENDAKI INTERPOL


Interpol telah menyenaraikan hitamkan putera pemimpin Libya yang telah digulingkan, Saadi Ghadafy sebagai orang yang paling dikehendaki dan laporan memberitahu beliau dilihat kali terakhir berada di Nigeria.

Agensi Polis Antarabangsa melaporkan dalam kenyataan mereka Khamis(29/9), mereka telah mengeluarkan "notis merah" ke atas Saadi Ghadafy atas permintaan kerajaan baru NTC yang telah menggulingkan Ghadafy bulan lepas.

Interpol melaporkan "notis merah" itu berdasarkan dakwaan bahawa Saadi Ghadafy (38 tahun), menyalahgunakan harta dan melakukan ugutan bersenjata ketika beliau mengetuai Persekutuan Bola Sepak Libya.

Sebelum ini beliau merupakan komander Angkatan Tentera Khas dan tertakluk kepada sekatan PBB sejak unit tentera yang diarahkan beliau terlibat melakukan penindasan dan kekasaran terhadap demonstari di Libya.

Olahan sumber: Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook