Saturday, October 1, 2011

AL-AZHAR: GHADAFY, BASYAR DAN SALEH PEROSAK DI DUNIA


Mesir: Sekreteriat mengesahkan fatwa dari al-Azhar berkenaan kenyataan Presiden Libya, Ghadafy yang telah digulingkan bahawa dia akan mati syahid di Libya adalah sesuatu yang tiada kena mengena dengan Islam, menafikan yang mereka suka dengan tindakan Ghadafy membunuh rakyat sendiri dan terlibat dengan penindasan sehingga menyebabkan kematian.

Memetik akhbar "Suara al-Azhar", kenyataan Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Sheikh Saeed Amer mengesahkan bahawa Pemimpin mesti menjadi tauladan kepada orang-orang di bawah pimpinan beliau, terutama dalam pelaksanaan perlembagaan dan mematuhi peruntukan, menegaskan jika tidak meminda antara peranan kepimpinan dan komited untuk ke jalan yang benar, ia merupakan satu penyelewengan dan kezaliman.

Beliau menegaskan pemimpin Libya, Syria dan Yaman merupakan perosak di muka bumi dan rakyat melaungkan jeritan ketidakadilan, dan mereka menyerahkan status quo dan mengisytiharkan bahawa mereka tidak mampu untuk memerintah dan kuasa rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Ghadafy, Basyar dan Saleh tidak mahu mendengar nasihat sesiapa, tidak hirau dengan puluhan ribu yang mati sehingga mengubah menjadi sungai darah, kemusnahan bangsa disebabkan syaitan berada di kalangan manusia dan jin, menghiasi mereka demi kepentingan diri dengan pelbagai cara yang memudaratkan rakyat dan negara. Beliau menambah, "yang lain mengatakan saya tidak akan tinggalkan negara maka saya akan mati syahid?".

Beliau menekankan bahawa pemimpin ini tidak akan diiktiraf dengan cara pemerintahan diktator dan tirani mereka, menjadi persoalan: "Bagaimana untuk mengiktiraf jika mereka menumpahkan darah dan membunuh orang tidak berdosa dan merampas sumber-sumber negara?!"

Sumber diolah: Al-Basheer

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook