Tuesday, September 20, 2011

US Mahu Turki Memperbaiki Hubungan Dengan Israel

Pertemuan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton dengan Menteri Luar Turki Ahmed Davutoglu di New York, Isnin.

New York - Amerika Syarikat (AS) menggesa Turki tidak memburukkan lagi hubungan dengan Israel dan mengamalkan sikap terbuka dengan Israel.

Menteri Luar AS Hillary Clinton mengeluarkan kenyataan tersebut dalam pertemuan hampir satu jam bersama Meteri Luar Negeri Turki, Ahmed Davutoglu. Dalam pertemuan tersebut Hillary Clinton turut menyentuh soal pertikaian Siprus, konflik Israel-Palestin dan tindakan melampau rejim Syria terhadap penunjuk perasaan yang menuntut agar Assad meletak jawatan.

Menurut seorang pegawai kanak AS, Hillary menggalakkan Turki agar bersikap terbuka .

Tambahnya lagi : "Kami ingin mereka memperbaiki hubungan antara dua pihak tersebut dan menyeru agar kedua pihak mengelakkan langkah-langkah yang menutup pintu perdamaian".

Pertemuan antara dua diplomat Turki-AS telah diadakan di luar acara tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Kedua-dua diplomat Turki dan AS telah mengadakan pertemuan tersebut di luar acara tahunan, Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang ancaman Turki menghantar tentera laut mengiringi konvoi bantuan kepada rakyat Palestin pada masa akan datang di Semenanjung Gaza. Turki merupakan negara yang terlibat dalam misi bantuan kepada Gaza dan menghadapi konflik dengan Israel berikutan peristiwa serbuan Israel kepada kapal bantuan Turki kepada Palestin.

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook