Monday, September 19, 2011

SYRIA:RAKYAT SYRIA MENGUTUK SOKONGAN RUSIA BERI SENJATA


Sejumlah rakyat Syria mengadakan protes di luar kedutaan Rusia di Kaherah Ahad kelmarin. Rakyat Syria berkumpul adalah untuk memprotes serta mengutuk sokongan Rusia kepada pemerintahan Bashar Al-Assad yang mengambil bekalan senjata dari Rusia untuk membunuh rakyatnya sendiri.

Seorang wakil dari duta Rusia telah berjanji kepada penunujuk perasaan bahawa kedutaan akan menghantar memorandum untuk menyatakan protes rakyat Syria kepada kerajaan Rusia atas tindakan mereka seolah menyokong kerajaan Syria untuk melakukan kezaliman terhadap rakyat.

Penunjuk perasaan mengancam untuk berjaga-jaga di Kedutaan Rusia seluruh dunia sehingga Rusia berhenti memberi sokongan kepada Assad.

Mereka juga turut mengkritik posisi kerajaan Mesir dan meminta untuk mengiktiraf revolusi mereka dan mengusir duta Syria dari Mesir.

Sumber : AlmasryAlyoum , Al Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook