Monday, September 19, 2011

Bantuan Kewangan Buat Wanita Muslim Yang Dikenakan Denda Burqa

Belanda : Seorang muslim berketurunan Al-Jazair - Rachid Nekkaz, telah menyediakan dana satu juta euro untuk misi bantuan kepada wanita muslim yang didenda kerana memakai burqa di tempat umum. Larangan tersebut turut dikuatkuasakan di negara Perancis dan Belgium. Berikutan daripada itu, Nekkaz terdorong untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang terlibat yang mana, pada pandangan beliau, larangan tersebut melanggar perlembagaan hak asasi dan kebebasan fundamental di Eropah. Nekkaz turut mengaku bahawa beliau tidak bersetuju dengan pemakaian burqa kerana tidak banyak membantu dalam usaha integrasi komuniti Muslim ke tengah masyarakat Eropah.

Nekkaz mula menubuhkan organisasi "Touche Pas à Ma Constitution" (Jangan Ketuk Perlembagaan-ku) apabila Perancis mula menyuarakan larangan burqa. Organisasi tersebut akan membantu para muslimah di Belanda jika penguasa di negara tersebut melaksanakan larangan burqa.

"Muslimah Belanda yang didenda boleh menghubungi saya di talian telefon dan nombor telefon saya boleh didapati di internet." kata Nekkaz.

Usaha Nekkaz telah terbukti apabila beliau telah membayar denda untuk dua muslimah di Brussels.Tegas Nekkaz "Satu juta dollar mungkin jumlah wang yang sangat banyak. Tapi ia bukan seberapa jika dapat membantu dan membela hak-hak masyarakat awam."

Kabinet Belanda telah membahaskan larangan burqa di tempat awam. Draft undang-undang telah disediakan untuk diserahkan kepada parlimen yang ternyata banyak sokongan kepada polisi tersebut. Jika undang-undang tersebut disahkan, mereka yang melanggar larangan burqa akan dikenakan denda yang tinggi sebanyak 380 euro.

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook