Monday, September 19, 2011

Perancis : Pencerobohan Tanah Perkuburan Islam- Larangan Mendirikan Solat Di Jalan


Carcassonne, Perancis ; Sumber Jabatan Kehakiman Perancis mendedahkan bahawa terdapat penemuan kira-kira 30 kubur Islam di bandar Toulouse, Carcassonne telah dirosakkan dan ditulis perkataan "perkauman dan Nazisme."

Antoine Leroy - Hakim daerah Carcassonne berkata pada hari ahad semalam, penjaga kubur orang Islam yang telah membantu tentera Perancis dan dibunuh semasa perang dunia pertama mendapati bahawa tanah perkuburan itu telah dirosakkan dan dia telah melaporkan kepada pihak polis serta berharap agar polis menyiasat pelaku yang membuat perkara tersebut dihadapkan ke muka pengadilan.

Jean-Claude Perez Datuk Bandar Carcassonne telah turut berkata, acara "Karazn" merupakan perbuatan yang tidak bertamadun dan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Kira-kira 200 orang Islam yang berada di situ telah mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat di jalanan dan di kawasan perumahan yang popular di Paris walaupun dilarang oleh pihak berkuasa Perancis. Kementerian Dalam Negeri turut mengumumkan larangan solat jumaat di jalan raya Perancis terutama Paris dan Marseille. Berikutan daripada itu sebuah masjid di salah sebuah berek bekas tentera dijadikan tempat untuk solat Jumaat bagi umat Islam di jalan Gott. Ketua masjid Paris - Dalil Abu Bakar berkata, pihak mereka telah mencapai satu persetujuan di antara pihak berkuasa dan wakil-wakil orang Islam di Perancis untuk membuka sebuah masjid baru di berek lama.


Penguatkuasaan Larangan Solat Di Jalan Raya Perancis

Berdasarkan keputusan pihak berkuasa Perancis telah menguatkuasakan larangan mendirikan solat di jalan-jalan di Perancis. Berikutan daripada itu, beribu-ribu umat Islam di utara Paris telah berkumpul di lokasi sementara di berek yang tidak digunakan oleh anggota bomba untuk melaksanakan solat. Perkara ini telah menjadi kemarahan buat masyarakat Islam di sana. Larangan tersebut menimbulkan masalah buat pihak berkuasa Perancis untuk menampung jumlah umat Islam yang ramai iaitu kira-kira lima juta penduduk. Ia akan menyebabkan ruang untuk solat terhad dan larangan tersebut secara tidak langsung telah membawa imej yang buruk kepada pemimpin sayap kanan Marine Le Pen ke atas umat Islam yang terpaksa bersolat di jalan-jalan di bandar-bandar utama.

Berbeza keadaan di Jerman di bawah pemerintahan Wolff yang mengucapkan ucapan berterima kasih kerana memakmurkan Jerman kepada penduduk Turki di Jerman yang rata-ratanya adalah Islam. Wolf berkata dalam satu temu bual bersama akhbar Süddeutsche Zeitung, pendatang Turki telah membuatkan Jerman sebagai sebuah negara yang pelbagai masyarakat, terbuka dan menarik migrasi. Wolf berkara, beliau melihat potensi yang besar bagi kedua-dua negara untuk memperluaskan dan merapatkan hubungan antara Jerman- Turki. Beliau turut memuji Turki sebagai negara model kepada negara-negara yang berevolusi di negara arab. Tambah beliau lagi, Turki merupakan negara Islam yang harus dijadikan contoh sebagai negara Islam yang demokrasi.


0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook