Saturday, September 17, 2011

ERDOGAN SANG SINGA: ERA DIKTATOR TELAH TAMAT


Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang melawat Libya jumaat semalam memberi kritikan tajam kepada Presiden Syria Bashar Assad yang telah memrelakan regim kerajaannye menindas para demonstrasi aman yang membuat bantahan 6 bulan lalu. Beliau menekankan bahawa era kepimpinan 'tirani' telah tamat.

Erdogan berkata, ketika merayakan kemenangan revolusi di Libya, Ghadafi menyalahgunakan kuasa: "Anda telah mempamerkan pada dunia sejagat bahawa tiada sistem dan undang-undang yang boleh melawan kehendak rakyat...dan ini perlu difahami oleh pihak-pihak yang menindas rakyat Syria."

"Ini jenis pemimpin-pemimpin negara yang perlu memahami bahawa pemerintahan dia telah berlalu kerana pemerintahan berbentuk diktator telah tamat," tambah beliau lagi, tanpa merujuk Presiden Syria dengn nama.

Beliau menyebut bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkanlebih daripada 2,600 orang, sebilangan besar orang awam telah terbunuh dalam demonstrasi yang dibuat sejak bermula pada 15 Mac.

Sumber diolah: Al-Basheer

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook