Saturday, September 17, 2011

PBB IKTIRAF PEMBERONTAK LIBYA


New york: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akhirnya mengiktiraf Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) untuk mewakili negara Libya dalam Perhimpunan Agung PBB minggu depan. NTC adalah kumpulan pemberontak Libya yang berjaya menjatuhkan pemimpin Muammar Ghadafi.

Perhimpunan Agung PBB mengundi untuk meluluskan satu resolusi NTC di PBB pada Jumaat semalam. Sebanyak 114 negara anggota meyokong resolusi tersebut, 17 negara menolak manakala 15 negara berkecuali. Jumlah negara yang berkecuali dan menolak menunjukkan perbezaan ketara di negara-negara Amerika latin dan Afrika yang menyebelahi dan menyokong pembaharuan Libya di pentas antarabangsa.

Negara-negara yang merupakan anggota dalam kumpulan perdagangan berorentasikan politik kiri di Amerika Latin dan selatan Afrika menentang pengiktirafan NTC, tetapi gagal mendapatkan sokongan untuk membatalkan resolusi.

Dengan pengiktirafan ini, NTC akan mula bersuara demi untuk kepentingan Libya dalam Perhimpunan Agung minggu depan.

Sumber olahan: Kompas.com, Al-Basheer

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook