Friday, September 16, 2011

Lawatan Perdana Menteri Turki Ke Libya


Libya : Perdana Menteri Turki, Receep Toyyib Erdogan selamat tiba di Libya sehari selepas lawatan pemimpin British dan Perancis dalam menunjukkan sokongan kepada pemimpin Libya yang baru. Lawatan Perdana Menteri Turki ke Libya merupakan sebahagian daripada lawatan ke sebahagian negara arab yang bertujuan untuk menghulurkan bantuan.

Erdogan yang berlepas daripada Tunisia dan selamat tiba di Libya disambut baik oleh Ketua Majlis Peralihan Negara Libya (NTC)-Mustafa Abdel Jalil, Timbalan Pengerusi NTC Mahmoud Jibril, Duta Turki di Tripoli Ali Kemal Aydin, ahli perniagaan Turki dan rakyat Turki yang tinggal di Libya.

Selain daripada itu, Bekir Bozdag Timbalan Perdana Menteri Turki, Menteri Luar Negara Ahmet Davutoglu, Menteri Pengangkutan Binali Yildirim, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Taner Yildiz, Zafer Caglayan Ekonomi Menteri dan Menteri Pertahanan Ismet Yilmaz juga turut bersama di dalam lawatan ke Tripoli.

Dalam lawatan beliau ke Tunisia semalam (Khamis, 15/9) Erdogan telah menegaskan bahawa "Islam dan demokrasi tidak bercanggah."

"Seorang muslim mampu menerajui negara dengan berjaya," kata Erdogan, 57 selepas mesyuarat bersama rakan sejawatannya dari Tunisia, Beji Caid Essebsi.

"Kejayaan proses pilihan raya di Tunisia akan menunjukkan kepada dunia bahawa demokrasi Islam boleh diaplikasikan bersama," katanya lagi.


0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook