Friday, September 23, 2011

TURKI MENUTUP RUANG UDARA PENERBANGAN KARGO TENTERA KE SYRIA



Turki telah menutup ruang udara kepada pesawat membawa peralatan ketenteraan ke Syria, kata laporan berita itu pada Khamis.

Laporan akhbar harian Hürriyet melaporkan, pengharaman itu dikenakan selepas Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan mengumumkan pada Selasa bahawa Turki telah mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan ke atas Syria dengan kerjasama Amerika Syarikat. Erdogan berkata demikian di New York selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di luar Perhimpunan Agung PBB.

Turki, pernah menjadi sekutu rapat Presiden Syria Bashar al-Assad, beransur-ansur membuat kritikan yang keras terhadap rejim Syria atas tindakan keras terhadap protes anti-rejim yang kejam. Erdogan berkata di New York, Turki telah mengenakan sekatan terhadap Syria dan menambah bahawa Menteri Luar Turki dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat akan bersama-sama untuk mengekalkan dan menyokong sekatan Turki terhadap Syria.

Erdogan juga berkata beliau mengakhiri semua hubungan dengan kerajaan Syria, kesal dengan tindakan rejim Syria telah memaksa Turki untuk mengambil keputusan.

Bercakap pada Rabu, pegawai kanan Rumah Putih melaporkan, Erdogan dan Obama telah mempersetujui semasa mesyuarat mereka untuk membina tekanan ke atas Assad memberikan keputusan yang akan memenuhi permintaan rakyat Syria.

Elizabeth Sherwood-Randal, Pengarah Kanan Hal Ehwal Eropah di Majlis Keselamatan Negara (MSN) Rumah Putih, memberitahu pemberita bahawa Turki dan Amerika Syarikat telah membuat penilaian ke atas keperluan untuk memperhebatkan tekanan ke atas rejim Assad, yang katanya adalah sangat penting. Beliau menambah bahawa kedua-dua pemimpin berkongsi pandangan bahawa rejim Assad, telah melakukan kezaliman ke atas rakyat Syria serta bersetuju mengenai keperluan untuk membina tekanan ke atas Assad.

Sherwood-Randall menambah bahawa Erdogan dan Obama telah mengadakan rundingan berkaitan Syria sejak beberapa bulan yang lalu. Ben Rhodes, timbalan penasihat keselamatan negara bagi Obama, memberitahu kepada pemberita pada hari Rabu bahawa apa yang penting ialah kedua-dua pemimpin berkongsi pandangan bahawa rejim Assad melakukan kezaliman keatas rakyat Syria dan berkongsi pandangan yang sama iaitu untuk membina tekanan ke atas Assad.

Rhodes berkata Turki kekal sebagai rakan kongsi penting bagi Amerika Syarikat untuk menggantikan kepimpinan Syria dan membawa mesej bahawa ia harus menghentikan keganasan terhadap rakyat sendiri.

"Turki telah menghantar mesej yang jelas kepada Syria beberapa hari yang lalu. Erdogan menyampaikan mesej yang sangat tegas semasa lawatan ke negara-negara Afrika Utara," kata Rhodes, menyatakan kepercayaan bahawa dia sudah bersedia untuk mencari jalan untuk membina tekanan ke atas rejim Assad.

Sherwood-Randall menyatakan bahawa hubungan Turki dengan Israel akan dibincangkan semasa mesyuarat antara Obama dan Erdogan. Obama telah menyuarakan hasrat beliau untuk menyelesaikan masalah ketegangan antara kedua-dua negara.

Rhodes berkata kedua-dua negara sekutu penting bagi Amerika Syarikat dan hubungan mereka adalah penting kepada kestabilan rantau ini, dan menyatakan kepercayaan bahawa ia adalah penting bahawa langkah-langkah yang akan diambil untuk meredakan ketegangan di rantau ini.

Sumber olahan: Todays Zaman

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook