Wednesday, September 21, 2011

Bendera Baru Libya Di Pejabat PBB Di Geneva




Libya akhirnya mengibarkan bendera baru bagi negara mereka di Pejabat PBB di Geneva dalam sebuah majlis kecil yang penuh emosi.

Bendera baru Libya yang berwarna merah, hitam dan hijau mula berkibar pada hari selasa semalam (20/9) bersama deretan bendera Amerika dan anggota PBB yang lain. Sepanjang upacara tersebut, wakil Libya Ibrahim Al-Dredi menyanyikan lagu kebangsaan negaranya dengan meletakkan tangan di dada kiri beliau. Sebahagian kecil warga Libya turut hadir di luar pintu pejabat PBB dan melaungkan perkataan "Libya, Libya, Libya."

"Saat melihat bendera Libya berkibar merupakan saat yang menyentuh perasaan bagi kami, kami melihat bendera kami berkibar bersama tiga warna yang mempunyai banyak makna untuk rakyat Libya," kata Duta Besar Libya kepada PBB.

"Apa yang saya harapkan ialah membebaskan Libya agar menjadi sebuah negara yang bermaruah, di mana hak asasi manusia dihormati, dan wujud persamaan bagi semua penduduk di negara ini," tambahnya lagi.

Februari lalu, Al-Dredi serta pegawai Libya yang lain dalam misi PBB di Geneva telah mengumumkan bahawa mereka telah menarik diri daripada rehim Muammar Gaddafi yang digulingkan pada bulan lepas.

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook