Wednesday, September 21, 2011

Bekas Presiden Afghanistan Dibunuh

Kabul – Bekas Presiden Afghanistan, Burhanuddin Rabbani meninggal dunia semalam. Beliau telah dibunuh oleh seorang pengebom berani. Lelaki itu telah meletupkan dirinya di hadapan Rabbani secara berdekatan. Peristiwa ini berlaku di rumah beliau sendiri yang berdekatan dengan kawasan Pejabat Perwakilan Diplomatik. Kawasan itu adalah kawasan kawalan ketat oleh penjaga keselamtan di ibu kota Afghanistan.

Keadaan ini berlaku apabila dua orang lelaki yang menyamar sebagai wakil dari puak Taliban datang untuk melanjutkan perundingan damai. Salah seorang diantara kedua lelaki itu meletakan bomnya di dalam serbannya lalu menghampiri beliau dan terus meletupkan diri. Rabbani telah mati syahid bersama empat lagi pengawalnya sementara rakannya yang bernama Masoom Stanekzai meghadapi luka parah dan sedang dirawat di hospital.

Rabbani adalah seorang ketua yang disegani oleh para jemaah bagi sebuah jemaah Islam Pakistan yang dikenali sebagai Jamiat-e Islami Afghanistan (Islamic Society of Afghanistan). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ketua politik Negara Amerika dan Penerimaan Islam untuk keselamatan Afghanistan (UNIFSA).

Ia kemudian menjadi Presiden Afghanistan pada tahun 1992-1996 sebelum beliau digulingkan dari puak Taliban. Setelah itu, beliau telah diangkat untuk menjadi Presiden kembali oleh PBB. Namun pada tahun 2001 beliau telah menyerahkan jawatannya kepada Hamid Karzai. Kini, beliau adalah salah seorang pemimpin Persekutuan Utara (Northenrn Alliance) yang melawan rejim Taliban.

Peristiwa yang mengakibatkan Rabbani di bunuh setelah puak Taliban melancarkan serangan bersenjata ke kawasan perwakilan diplomatik di Kabul selama 20 jam. Lima orang polis dan 11 orang awam mati dalam serangan tersebut.

Sumber : Kompas

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook