Friday, September 23, 2011

MUSLIMAH BERTUDUNG MENCALONKAN DIRI JAWATAN PRESIDEN PERANCIS


Di sebalik pengharaman yang dikenakan seluruh negara, seorang muslimah bertudung berkata bahawa dia ingin bertanding jawatan Presiden Perancis dalam pilihan raya tahun depan.

Dalam temubual dengan Associated Press, Kenza Drider berkata beliau ingin memperjuang dan mempertahankan hak semua wanita Perancis.

Sejak April lalu, beliau merupakan salah seorang di antara kumpulan wanita yang kuat melaungkan protes terhadap terhadap pengharaman tudung bagi muslimah-muslimah di Perancis. Mereka ingin membuktikan pengharaman tudung bercanggah dengan hak-hak asasi manusia.

Mereka yang menyokong undang-undang pengharaman tudung, termasuk Presiden Nicolas Sarkozy berkata, tudung telah memenjarakan kebebasan kaum wanita.

Khamis lalu, Drider berkata dia merancang untuk mengumumkan pencalonannya di Meaux, bahagian timur kota Paris. Kota tersebut diwakili oleh ahli parlimen konservatif dan merupakan sekutu rapat Sarkozy yang berjuang supaya tudung diharamkan, Jean-Francois Cope.

Dua wanita lain yang berhenti memakai tudung akan menghadapi perbicaraan Khamis ini, juga di Meaux.

Sumber suntingan: Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook