Wednesday, September 14, 2011

Tunjuk Perasaan Rakyat Syria Di Mesir


Masyarakat Syria di Kaherah mengadakan tunjuk perasaan di luar ibu pejabat Liga Arab pada hari Selasa, membantah penindasan terhadap para penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman di Syria.

Penunjuk perasaan menaikkan sepanduk yang menyeru untuk menamatkan penindasan yang menyebabkan ramainya syahid termasuklah kanak-kanak, wanita dan orang tua semasa berlakunya protes di Syria.

Penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi ketika sesi 136 mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Liga Arab sedang berlangsung.

Mereka meminta Liga Arab, PBB dan kebanyakkan negara memberi tekanan ke atas pemerintah Syria supaya mendengar tuntutan rakyat Syria.

Penunjuk perasaan Syria juga memohon perlindungan dari pihak antarabangsa supaya menghalang pembunuhan orang awam secara meluas. Walaubagaimanapun, negara-negara barat tidak menunjukkan apa-apa reaksi minat untuk campur tangan tentera ke atas Syria. Tidak seperti di Libya.

Sekurang-kurangnya 2, 600 orang telah terbunuh di Syria semenjak bermulanya protes pertengahan bulan Mac, menurut laporan dari PBB.

Sumber : Al Masryalyoum

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook