Wednesday, September 14, 2011

Krisis Israel-Turki, Erdogan Anggap Israel Manja


Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan berkata bahawa Israel umpama "budak manja" yang acuh tidak acuh terhadap dasar Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan antarabangsa. Dengan itu, Turki enggan memohon maaf atas kesilapan mereka.

Erdogan mengatakan perkara tersebut berikutan hubungan Turki dan Israel semakin buruk selepas serangan yang dilakukan tentera laut Israel kepada kapal bantuan kemanusian Mavi Marmara milik Turki tahun lepas juga tiada permohonan maaf dari Israel atas peristiwa tersebut.

"Israel berkelakuan seumpama 'budak manja'.Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa pertubuhan antarabangsa telah jelas mengecam Israel kerana andai dibiarkan, mungkin ia akan terus berkelakuan manja", kata Erdogan pada hari Selasa (6/9)

Berikutan sikap manja tersebut, Israel bakal terima masalah iaitu kehilangan sekutu utamanya di Timur Tengah.

"Israellah yang menyebabkan hubungan ini menjadi teruk. Setelah Israel menolak untuk meminta maaf kepada Turki, Turki tidak akan mengambil langkah-langkah dan polisi-polisi yang seharusnya diambil kira.

Sumber : EraMuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook