
Pakistan ; Hujan lebat sejak beberapa hari lalu telah melanda di kawasan wilayah Sind, Pakistan. Data yang telah terkumpul sehingga hari selasa (13/9/2011) menunjukkan seramai 260 orang telah terkorban akibat bencana tersebut. Sebahagian besar mangsa yang terkorban meninggal dunia akibat ditimpa bumbung dan dinding bangunan.
Menurut sumber maklumat, banjir pada kali ini lebih teruk berbanding tahun 2010. Kota Karachi kini di tenggelami banjir manakala sekolah dan pusat-pusat perniagaan ditutup. Sementara itu, warga kota turut mengambil tindakan dengan berpindah ke kawasan yang lebih selamat tanpa bekalan makanan dan meninggalkan kenderaan mereka di ibu kota Karachi yang ditenggelami air.
Bencana yang menimpa Pakistan kini melibatkan 5 juta orang yang tinggal di kawasan banjir tersebut.Menurut Andro Shilakadze, pegawai bantuan yang bekerja untuk Dana Anak-Anak PBB (UNICEF), " setakat maklumat yang kita ketahui, 22 dari 23 daerah telah dilanda banjir."
"kebanyakan penduduk setempat terpaksa berpindah dan setakat ini kami belum mendapat jumlah penduduk yang berpindah dengan tepat."tambahnya lagi.
"Terdapat sebahagian penduduk setempat menolak untuk berpindah dan kini mereka berada di pinggi-pingir jalanan untuk mengawasi dan menjaga ternakan mereka," kata Shilakadze kepada sumber berita.
0 comments:
Post a Comment