Thursday, September 15, 2011

AZERBAIJAN: UNDANG-UNDANG PENGHARAMAN TUDUNG DI SEKOLAH DIKETATKAN

Pihak berkuasa menegaskan larangan memakai tudung di setiap sekolah seluruh negara dan memberi amaran akan menghukum ibu bapa pelajar yang mengingkari larangan itu.

Zamana Alegueza, jurucakap kerajaan berkata kepada agensi berita Perancis AFP: "Kami akan mengenakan tindakan terhadap ibu bapa yang melarang anak mereka ke sekolah disebabkan undang-undang mengharamkan pemakaian tudung."

Beliau menambah: "Kami menerima panggilan dari pelajar pelajar perempuan yang merahsiakan identiti mereka mengatakan keinginan untuk hadir ke sekolah tetapi dilarang oleh keluarga mereka, dan mesti memakai tudung," mereka mendakwa perbuatan ini melanggar undang-undang.

Tahun lepas, beratus umat Islam melakukan demonstrasi menolak undang-undang pengharaman tudung dilaksanakan di negara bekas Republic Soviet itu, sekutu NATO di Afganistan, pembekal tenaga paling penting kepada Barat.

Dalam satu laporan, Jabatan Amerika Syarikat telah dibidas mengenai kebebasan untuk beragama di dunia berkaitan pengharaman tudung di Azerbaijan, menyifatkan sebagai "pembangunan negatif". Kerajaan Azerbaijan juga dibidas kerana menutup masjid-masjid dan meningkatkan denda yang tinggi kerana mencabuli undang-undang mengawal selia aktiviti agama.

Tiada larangan yang jelas untuk pemakaian tudung seluruh sekolah di Azerbaijan, tetapi kerajaan pada tahun lepas telah memperkenalkan satu bentuk seragam yang tidak menggunakan tudung Islam.

Diskrimanasi terhadap umat Islam:
Muslim mengadu berkenaan regim pemerintah di Azerbaijan melakukan diskriminasi terhadap umat islam. Penganalisis mengatakan bahawa dia mahu menghapuskan setiap cabaran "politik islam" yang dilihat berpotensi memberi ancaman kepada kestabilan negara pengeksport minyak dan gas.

Pihak berkuasa Azerbaijan menahan puluhan muslim yang disyaki sebagai pengganas sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Kerajaan mengesahkan penentang regim kerajaan Azerbaijan berada di Caucasus, berhampiran laut Caspian, menjulang slogan "ekstremisme" untuk menindas lawan politik.

Sumber diolah: Mufakkirah Islam

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook