Wednesday, September 14, 2011

Ikhwan Kritik Seruan Erdogan Mewujudkan Sebuah Negara Sekular


Mesir, 14 Sept ; Seruan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan agar Mesir menerima pakai perlembagaan sekular telah menimbulkan kontroversi beberapa jam sebelum mesyuarat yang dijadualkan bersama pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin, parti politik terbesar di Mesir.

Berkata Erdogan dalam kenyataannya dalam sebuah wawancara sebuah saluran televisyen swasta Mesir pada awal kunjungannya ke negara Mesir,"Sebuah negara sekular menghormati semua agama." kata beliau sekularisme tidak bererti meninggalkan agama.

"Jangan terlalu waspada terhadap sekularisme. Saya berharap akan ada sebuah negara sekular di Mesir," kata Erdogan lagi dalam satu kenyataan.

Beliau menekankan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk memilih menjadi orang agamawan mahupun tidak, sambil menambah bahawa beliau merupakn seorang Perdana Menteri muslim untuk negara sekular.

Dr Mahmoud Ghuzlan, jurucakap Ikhwanul Muslimin Mesir, menganggap kenyataan Erdogan merupakan satu usaha campur tangan dalam hal ehwal negara Mesir.

Ghuzlan berkata dalam sebuah akhbar Mesir bahawa eksperimen di negara Erdogan tidak boleh dicampur dan disamakan dengan negara lain.

"Keadaan ini berbeza dengan Mesir, Turki mempunyai kaitan dengan konsep sekular," tegas beliau.

Erdogan berkata bahawa Mesir mesti memenuhi beberapa syarat untuk menjadi negara moden termasuk dari segi pengurusan sumber manusia,pendidikan dan pengurusan sumber kewangan yang lebih baik dan menghapuskan rasuah.

Idea mengamalkan sistem sekular untuk Mesir telah menjadi satu kontroversi di kalangan kerajaan liberal dan kerajaan Islam sejak revolusi 25 Januari yang lalu.

Kumpulan-kumpulan liberal dan sekular takut kepada pengambil alihan kuasa oleh parti Islam melalui pilihan raya yang akan datang pada bulan November ini. Mereka takut akan pengambilalihan tersebut akan memberi satu kuasa dalam penggubalan perlembagaan yang sedia ada.


Sumber : Alarabiya , Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook