Tuesday, September 13, 2011

Dianggap Pencetus Provokasi, Al-Jazeera Mesir Terkena Larangan Penyiaran

Saluran TV satelit Al-Jazeera Mesir mangatakan pada hari Ahad yang lalu (11/9) bahawa kerajaan Mesir telah menghalang mereka melakukan penyiaran selepas pegawai keselamatan memasuki pejabat dan menyita peralatan penghantaran.

Ahmed Zain, ketua saluran Al-Jazeera di Kaherah berkata kepada AFP bahawa polis, pegawai dari kementerian kebudayaan dan wakil-wakil lembaga penyiaran awam Mesir juga telah merampas bahan-bahan siaran mereka dan salah seorang dari mereka telah ditangkap.

Menurut beliau, pegawai Mesir telah mengatakan bahawa Al-Jazeera tidak mempunyai lesen rasmi untuk penyiaran dan terdapat rungutan daripada beberapa pihak terhadap mereka. Tambahnya lagi seorang peguam juga menuduh saluran Al-Jazeera sebagai pengeluar berita yang berlainan pendapat daripada sumber asal dan "mencetuskan demonstrasi".

Tambah Zain,pada 20 mac lalu, Al-Jazeera Mesir telah meminta izin rasmi dan sudah mendapat jaminan untuk meneruskan siaran.

Agensi berita rasmi MENA melaporkan bahawa penutupan hanya mempengaruhi Al-Jazeera Mesir sahaja, dan tidak melibatkan mana-mana pejabat Al-Jazeera di Kaherah dan peringkat antarabangsa yang mempunyai lesen yang sah.

Pihak berkuasa Mesir telah menghalang mana-mana media yang dianggap sebagai alat penyebaran maklumat yang mungkin menyebabkan ketidakstabilan Mesir selama tempoh penurunan Husni Mubarak dan pemindahan kuasa kepada tentera.

Selain itu,kerajaan juga telah memerintahkan supaya membekukan siaran televisyen selepas pertemuan dengan pegawai atasan berikutan insiden "rusuhan media",lapor MENA

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook