Tuesday, September 13, 2011

Niger : Saadi Gaddafi Di Bawah Pengawasan, Tidak Ditahan



Niamey : Kerajaan Niger menyatakan bahawa Saadi Gaddafi, anak kepada buruan ramai, Muammar Gaddafi belum ditahan, namun ia telah berada di bawah pengawasan sejak keberadaannya di Niger,

Saadi Gaddafi merupakan salah seorang daripada 32 orang dalam kepada bapanya, Muammar Gaddafi, yang telah tiba di Niger sejak 2 September yang lalu menurut perdana menteri Niger.

Pegawai Kerajaan Libya telah menyeberangi sempadan Libya-Niger dalam empat kumpulan berasingan selama 10 hari dan telah diterima oleh kerajaan Niger atas alasan 'kemanusian', kata Perdana Menteri Brigi Rafini semasa pertemuan dengan diplomat asing di ibu negara Niger, Niamey.

Kini Niger menjadi jalan keluar bagi orang dalam Muammar Gaddafi, selepas isteri dan anak-anak beberapa pemerintah Libya menyeberangi Algeria. Pemerintah Libya dan orang dalam Gaddafi dikatakan tidak mungkin melarikan diri ke Mesir di sebelah timur kerana mereka akan melalui kawasan yang dikuasai oleh golongan pemberontak dan sempadan Chad terbukti sukar untuk dilalui. Sempadan Niger dengan Libya sangat luas sehingga agak sukar dipantau.

sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook