Tuesday, September 13, 2011

Ribuan Rakyat Mesir Menyambut Kedatangan Erdogan Ke Mesir



Rakyat Mesir menyambut gembira kedatangan Erdogan

Kaherah : Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan disambut gembira oleh ribuan rakyat Mesir dengan sorakan gembira di lapangan terbang Kaherah pada malam Isnin yang lalu. Sekurang-kurangnya 20, 000 rakyat Mesir memegang poster Erdogan dan melambai-lambai kepada Perdana Menteri Turki sambil memegang bendera Libya, Turki dan Mesir manakala jalan-jalan di sekitar Kaherah dihiasi dengan poster Erdogan sempena lawatan pertama beliau ke Mesir sejak revolusi yang lalu.

Sebelum rangka lawatan Perdana Menteri Turki ke Mesir, Erdogan telah menyatakan kesedian Turki untuk menghulurkan apa jua sokongan dan bantuan kepada Mesir. Lawatan ini telah menjadi perhatian rakyat Mesir dan seluruh dunia lantaran ketegangan sempadan baru-baru ini antara Mesir dan Israel. Rakyat Mesir percaya Mesir sewajarnya mencontohi langkah Turki terhadap Tel Aviv dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai tindak balas terhadap pembunuhan enam orang askar Mesir di sempadan Mesir-Israel pada bulan lepas. Langkah Turki untuk mengusir duta Israel dan membekukan perjanjian bersama terjadi selepas bantahan besar-besaran berlaku di Kaherah dan di hadapan kedutaan Israel minggu lalu.

Perdana Menteri Turki dijadualkan akan menagdakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin agama,tentera dan orang awam selama dua hari sebelum diterbangkan ke Tunisia dan Libya untuk bertemu pimpinan di sana. Menurut agensi berita Anatolia, Erdogan tidak akan melawat semenanjang Gaza' dalam rangka lawatan 3 negara tersebut walaupun beliau menekankan ingin melawat tempat tersebut secepat mungkin.

Populariti Perdana Menteri Turki di dunia arab kini meningkat semenjak beliau berani mengambil langkah untuk memutuskan hubungan antara Israel dan memaksa Israel meminta maaf kerana membunuh aktivis Turki dalam konvoi kebebasan.




0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook