Monday, September 12, 2011

LIBYA:SERANGAN KILAT GHADDAFI BUNUH 15 ORANG

Libya masih belum dianggap negara damai kerana kelompok dari pro-Muammar Ghaddafi masih berkeras dengan pendirian mereka untuk mempertahankan negara tersebut dari jatuh ke tangan pemberontak.

Sekelompok dari penyokong Muammar Ghaddafi yang bersenjata telah membuat serangan sehingga mengakibatkan 15 orang terbunuh dan lima yang lainnya cedera parah.

Menurut laporan dari wartawan Xinhua dan Al Jazeera hari ini, serangan itu terjadi di kilang minyak Ras Lanuf, kota pantai di utara Libya.

Menurut saksi, beberapa konvoi kenderaan telah bergerak menuju ke kilang minyak dari arah gurun sebelah selatan. Tanpa diduga, sekolompok orang yang bersenjata dari jauh telah melepaskan tembakan ke arah kenderaan-kenderaan tersebut setelah tibanya mereka di pintu gerbang kilang tersebut.

Berlaku tembak-menembak sehingga 15 orang daripada mereka tewas.

Sumber : Kompas.com

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook