Sunday, September 25, 2011
TENTERA YAMAN MEMBUNUH SEORANG PESERTA TUNJUK PERASAAN, LAPOR AL-ARABIYA
Sanaa: Televisyen Al-Arabiya melaporkan pada ahad, tentera Yaman membunuh sekurang-kurangnya seorang dengan menggunakan peluru hidup bertujuan menyuraikan penunjuk perasaan di ibu kota, Sanaa.
Insiden itu terjadi seminggu selepas keganasan yang berlaku di bandar yang mana telah menimbulkan ketakutan bahawa Yaman, negara bergelora, negara miskin yang menjadi tempat Al-Qaeda bersembunyi di kawasan pendalaman yang tidak mempunyai undang-undang, sedikit demi sedikit menuju ke arah perang saudara.
Presiden Yaman, Ali Abdullah kembali ke negara tersebut secara mengejut setelah 3 bulan berada di Arab saudi merehatkan diri setelah berlaku percubaan untuk membunuh beliau Jun lalu, menyebabkan berlakunya pertembungan diantara pihak kerajaan dan pembangkang.
Seramai 17 peserta tunjuk perasaan terbunuh Sabtu lalu apabila pasukan tentera kerajaan menyerang kem bantahan utama pembangkang di Sanaa, lapor saksi dan doktor.
Olahan Sumber: Todays Zaman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment