Sunday, September 25, 2011

PENUNJUK PERASAAN DITANGKAP DALAM PERHIMPUNAN ANTI WALL STREET


Manhattan: Polis New York menahan sekurang-kurangnya 80 penunjuk perasaan dalam satu perhimpunan yang mana beratus-ratus penunjuk perasaan berhimpun dan berarak
di jalan-jalan sekitar Manhattan.

Protes Sabtu adalah sebahagian daripada satu siri demonstrasi yang bermula minggu lepas menentang penswastaan bank, krisis gadaian dan perlaksanaan hukuman mati terhadap wakil Georgia, Troy Davis.

Penunjuk perasaan membawa sepanduk kata-kata yang menunjukkan matlamat mereka: "cukai yang tinggi," satu sepanduk tertulis, "kami mahu duit untuk pusat kesihatan bukan syarikat kebajikan."

Penunjuk perasaan kebanyakannya terdiri dari pelajar membawa bendera Amerika Syarikat dan sepanduk-sepanduk yang mengandungi slogan anti-korporat.

Setengah penunjuk perasaan memukul gendang, meniup trompet dan melaung-laungkan slogan dengan perwatakan pegawai beruniform yang mengepong dan merakam mereka.

Polis New york mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat sekatan perintang dan sekumpulan pegawai polis melindungi pejabat New York Stock Exchange. Penunjuk perasaan yang paling hampir berada di Liberty Street, kira-kira sejauh 3 blok.

Di Manhattan Union Square, pihak polis cuba untuk mengepung penunjuk perasaan dengan menggunakan jaring plastik oren.

Jurucakap penunjuk perasaan, Patrick Bruner melaporkan kepada agensi berita AP mengenai tindakan pihak polis "yang melampau dan keterlaluan" manakala penunjuk perasaan cuba untuk berkelakuan aman, tambah beliau.

Para peserta bantahan berharap perhimpunan tersebut dapat menarik orang dengan lebih ramai. "Ia sangat mengecewakan dengan tindakan polis yang diberikan," lapor Itamar Liliental, 19, pelajar Universiti New York.

Sumber diolah: Islamweb

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook