Wednesday, September 28, 2011

Syeikhul Azhar Minta Amerika Bebaskan Syeikh Umar Abdul Rahman.

Dr Ahmad Taiyib, Syeikhul Azhar sekali lagi menyeru agar Syeikh Umar Abdul Rahman, pimpinan Jamaah Islamiyah Mesir yang menjalani hukuman seumur hidup di bebaskan.

Pada pertemuan Dr Ahmad Taiyib bersama Duta Besar AS, Anne Patterson, selasa, semalam (27/9), beliau mengkritik Amerika Syarikat yang membela Israel dengan mengetepika kepentingan Palestin, hal ini meningkatkan kebencian dan menimbulkan putus asa terhadap keadilan daripada Amerika Syarikat".

Katanya lagi, " ketidak adilan tersebut mendesak institusi Al-Azhar untuk terus membela rakyat Palestin mendirikan negara mereka sendiri dengan Yerussalem sebagai ibu negaranya."

Taiyib turut menyatakan kepada Patterson yang mengenakan kerudung sepanjang pertemuan tersebut bahawa campur tangan Amerika Syarikat dalam dunia Islam telah mencipta reaksi kekerasan.

"AS harus lebih jujur dalam berurusan dengan dunia Arab dan Islam," tegasnya lagi.


Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook