Wednesday, September 28, 2011

FILIPINA: TAUFAN "NISSAT" RAGUT 21 NYAWA

Filipina: 21 orang terbunuh disebabkan taufan 'Nissat' yang melanda pantai timur Filipina Selasa lalu. Sementara pada hari ini, negara mula membuang dan membersihkan kesan-kesan kemusnahan akibat daripada taufan yang melanda.

Agensi melaporkan bahawa bencana negara tu menyebabkan 35 orang masih hilang, manakala seramai 48 ribu terpaksa berlindung di pusat perlindungan sementara. Manakala kerugian awal disebabkan bencana tersebut dianggarkan bernilai hampir RM 642 juta.

Pejabat Pertahanan Awam melaporkan bahawa kebanyakan kematian berlaku disebabkan kejatuhan pokok-pokok atau bangunan dan serpihan yang terbang, menyebabkan berlaku gangguan kuasa elektrik kepada kira-kira 2 juta rumah di ibu negara, Manila dan kawasan luar bandar.

Sekolah-sekolah dan institusi kerajaan di ibu negara terpaksa ditutup. Penerbangan domestik dan antarabangsa terpaksa dibatalkan. Manakala Bursa Saham Manila terpaksa digantung. Sistem lalu lintas dan perjalanan kereta api terpaksa dihentikan.

Ribut dan Lembah Cagayan, dijangka telah mengurangkan kira-kira 10% daripada tanaman padi negara pada suku terakhir tahun ini.

Taufan Nissat dimulai dengan hujan lebat bersama angin kencang, menyebabkan tanah runtuh dan banjir di kawasan-kawasan perumahan di Manila yang berkepadatan penduduk seramai 12 juta orang, dengan paras air yang tinggi melebihi 1 meter.

Walaupun fokus sekarang kepada "Nissat", pegawai meteorologi memberi amaran mengenai ribut lain yang terbentuk di Pasifik, sedang mengumpul kekuatan untukberubah menjadi taufan dan akan melanda utara Luzon, pulau utama di Filipina.

Sumber disunting: Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook