Wednesday, September 28, 2011

Daki Gunung Tertinggi Dunia Untuk Bantu Mangsa Banjir Pakistan

Ishtiaq Hussain,37, seorang muslim Inggeris daripada Stourbridge telah mendaftar diri Base Camp Mount Everes dan bakal menakluk puncak gunung tertinggi di dunia iaitu gunung Everest. Kini beliau sedang melakukan persiapan untuk menjalani projek pendakiannya. Hussain bakal mendaki puncak tertinggi dunia itu dengan kerjasama lembaga 'Penny Appeal' bagi menyokong program "Rebuilding Pakistan Appeal". Program tersebut merupakan projek menjalankan pembangunan semula kampung Mashani di Punjab,Pakistan. Hampir seluruh kampung-kampung di kawasan tersebut dimaklumkan telah dilanda banjir pada bulan Julai 2010 dan mengorbankan 1700.

Hussain merupakan seorang guru di British Sugn Language dan telah berkunjing ke Pakistan pada bulan April yang lalu. Beliau telah mendengar sebahagian cerita daripada pelbagai pihak mengenai kehancuran dan kemusnahan yang berlaku akibat banjir tersebut.


"Hati saya sangat tersentuh apabila mengetahui banyak keluarga yang terkorban, rumah, ternakan dan seluruh kampung dilanda banjir. Mustahil buat saya kembali ke rumah dalam keadaan tenang dan seperti biasa selepas percutian ke Pakistan yang lalu . Saya punyai keluarga yang bahagia dan kehidupan yang stabil dan saya bersyukur dengan nikmat tersebut. Jadi, saya merasakan bahawa saya harus melakukan sesuatu untuk membantu mereka", kata Hussain.

"Saya tidak sabar menanti untuk ke 'Base Camp'. Ini merupakan cabaran yang besar dan berisiko. Akan tetapi saya akan bersemangat apabila mengingati tujuan perjalanan saya ini adalah untuk antara jalan untuk menyumbang dana sebanyak mungkin agar projek pembangunan semula kampung-kampung yang ditimpa banjir terlaksana", katanya lagi.

Hussain dijadualkan bakal mendaki sehingga ke ke 'Base Camp' di Selatan Everest di Nepal yang tingginya mencapai 5.360 meter. Jalur pendakiannya merupakan laluan yang mencabar bagi pendaki yang berpengalaman. Namun, panorama laluan tersebut merupakan panorama yang paling indah di dunia dan bakal menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan sekali seumur hidup.

Ketua Penny Appeal mengatakan " Perjalanan 'Everest Base Camp' adalah untuk mengingati kembali korban banjir di Pakistan yang telah dilupai. Kami mensasarkan pengumpulan dana sebanyak 40 000 pounsterling, dan jumlah wang tersebut cukup untuk membina sebuah kampung kecil beserta kediaman-kediama yang dilengkapi dengan 2 bilik, membina perigi dan menyediakan bantuan untuk rakyat Pakistan."

Pendakian Gunung Everest untuk tujuan amal ini mula dilaksanakan pada tarikh 2-18 Disember 2011. Hussain mensasarkan kutipan sumbangan sebanyak 3 500 pounsterling dan boleh disalurkan ke laman web www.justgiving.com/Ishtiaq-Hussain.

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook