Wednesday, September 28, 2011

PERANCIS MENGANCAM UNTUK MENYERANG IRAN


Perancis memberi amaran akan ancaman ketenteraan kepada Iran jika meneruskan program nuklearnya, ingin menunjukkan bahawa tiada siapa mahupun negara mengakui bahawa Tehran mempunyai senjata nuklear.

Wakil Tetap Perancis bagi PBB, Gerard Araud, sebagai ahli panel perbincangan di New York pada Selasa lalu mengatakan: "Iran akan terdedah kepada serangan tentera sebagai langkah pencegahan untuk menghalang Tehran daripada meneruskan program nuklearnya yang mana Barat mengesyaki ianya digunakan untuk tujuan ketenteraan."

Beliau menambah: "Tiada siapa di dunia akan menerima atau bertolak ansur dengan senjata nuklear Iran," menunjukkan ini kemungkinan adalah sebab langsung di sebalik desakan dan tekanan dari Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Rusia dan China meminta untuk berunding dengan Iran berkenaan hal ini.

Ancaman tentera merupakan pilihan yang terakhir jika rundingan Perancis dengan Iran gagal, tetapi beliau merahsiakan identiti badan yang boleh mengambil alih tugas ini, tambah Araud lagi.

Sumber diolah: Al-Basheer

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook