Perdana Menteri Turki : Recep Tayyip Erdogan
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, Barat berat sebelah dan tidak adil dalam menangani senjata nuklear serta mengamalkan konsep double standard terhadapnya.
Dalam temu bual Perdana Menteri Turki bersama CNN pada hari ahad yang lalu, Erdogan berkata bahawa Israel merupakan satu-satunya pihak di timur tengah yang mempunyai senjata nuklear dan mempersoalkan, mengapa negara-negara lain seperti Iran dilarang mempunyai senjata nuklear sedangkan dalam masa yang sama, pihak Israel tidak diharamkan untuk memiliki senjata nuklear?.
Turki memutuskan hubungan dengan Israel apabila Tel Aviv enggan memohon maaf terhadap peristiwa serangan ke atas 'Gaza Freedom Flotilla' , dan mengorbankan sembilan warga Turki pada 31 Mei 2010.
Terdahulu, pada bulan september, Menteri Ekonomi Turki, hubungan ekonomi dengan Tel Aviv adalah seperti biasa. Dari Januari 2011 hingga Julai 2011, perdagangan antara Turki dan Israel mencapai $2.3 bilion.
Erdogan juga mengulas mengenai keputusan untuk menjadi tuan rumah salah satu komponen sistem perisai peluru berpandu Turki,yang disifatkan sebagai "konsep NATO."
Beliau menjelaskan terhadap 'tafsiran yang berbeza' terhadap keputusan Turki dan menggesa semua pihak melihat realiti yang berlaku sekarang dalam isu ini.
Sehingga kini, langkah Turki masih dikecam oleh beberapa pihak di mana Iran menyifatkannya sebagai satu perkara yang membimbangkan dan boleh dipersoalkan. Rusia pula mengkritik Turki untuk bekerjasama dengan NATO.
Turki berjaya mendapat sebanyak $ 4 bilion daripada sistem perisau peluru berpandu. Ia dilaporkan bahawa sebuah syarikat pertahanan Turki telah mengadakan rundingan mengenai kontrak $ 2 bilion berkaitan dengan projek tersebut.
0 comments:
Post a Comment