Thursday, September 8, 2011

PARLIMEN GREEK MELULUSKAN PEMBINAAN MASJID DI ATHENS

Greek, 8 Sept: Parlimen Greek meluluskan projek membina sebuah masjid di Athens, rabu lalu, menjawab respons yang diminta oleh masyarakat islam di negara ini. Berlaku perdebatan mengenai hal ini berkaitan aduan kekurangan masjid untuk umat islam.

Sumber Associated Press melaporkan dari kerajaan Perancis, projek pembinaan masjid telah diluluskan oleh 198 timbalan pusat, kiri dan kanan daripada jumlah 300 timbalan pusat, manakala 16 ahli parlimen kebangsaan menolak.

Termasuk lakaran kejuruteraan masjid dalam draf undang-undang dibentangkan rabu lalu. Menteri Alam Sekitar akan memberhentikan bangunan haram. Dijangka proses pembinaan di atas tanah asalnya merupakan satu pengkalan tentera Greek dahulu bernama "Aalaunas."

Meskipun janji rasmi tahun lalu, puluhan ribu umat islam telah membanjiri Athens dalam beberapa tahun kebelakangan ini, hanya terdapat 1 tempat untuk solat iaitu dalam bangunan di tengah bandar dan kadang-kadang menggunakan sebuah padang di ibu negara untuk solat.

Tempat solat tersebut sering menjadi serangan perkauman. Krisis ekonomi dan sosial yang melanda negara menjadikan keadaan semakin teruk. Tiada tempat khusus untuk perkuburan orang islam walaupun pertambahan umat islam semakin meningkat di Athens 15 tahun lalu.

Lebih daripada 90% di negara yang dianggap Kristian Ortodoks tidak memisahkan antara gereja dan negara, gagal untuk membina sebuah masjid di Athens sejak akhir tahun 90an terutama waktu sukan Olimpik yang berlangsung di Athens pada tahun 2004. Satu-satunya masjid yang ada di Greece terdapat di Thrace, perkampungan minoroti asli dari Turki.

Sumber disunting: Mufakkirah Islam

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook