Wednesday, September 7, 2011

Libya:Kesan Terakhir Gaddafi Di Selatan Libya

7 September 2011 -Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berkemungkinan melarikan diri di bandar Bani Walid selepas membuat rundingan genjatan senjata gagal dan seterusnya beliau terus menuju ke arah Niger dan Chad.

Pencariannya diteruskan sehingga kini, dan ada sesetengah pihak mengatakan Muammar Gaddafi mungkin meninggalkan bandar padang pasir Libya Bani Walid dan menuju ke arah selatan dengan bantuan puak-puak yang setia ke arah Chad atau Niger, di petik di salah satu agensi berita.

Hisham Buhagia mengatakan usaha-usaha penyelarasan dibawah Majlis Peralihan, Nasional di teruskan dalam mencari bekas pemimpin Libya, dari laporan menunjukkan bahawa dia mungkin telah pun di kawasan kampung di selatan daripada Ghwat, beberapa selatan 950km Tripoli dan 300km utara sempadan Niger, tiga hari lepas

Konvoi Memasuki Niger

Selasa minggu lepas, sumber tentera dari Perancis dan Niger mengatakan kepada Reuters bahawa beberapa buah kenderaan tentera Libya baru-baru ini menyeberangi sempadan gurun Niger.

Namun begitu, ada yang mengatakan setelah Gaddafi disingkirkan dari kuasa pada bulan Ogos yang lalu, beliau dipercayai bergerak dalam konvoi kira-kira 10 kereta dan menggunakan khemah sebagai tempat perlindungan.

Oleh itu, kerja-kerja pencarian Muammar Gaddafi digiatkan setiap hari dengan menghantar tentera-tentera pemberontak yang begitu kuat dengan azam mereka dengan mereka bersatu dan berjuang untuk menjatuhkan Gaddafi. Sekarang mereka sedang berusaha untuk menjejaki Presiden Libya itu yang sudah lama bertapak di negara Libya.

Sumber : Al Jazeera


0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook