Wednesday, September 7, 2011

Kota Texas Hangus Terbakar

Austin, Texas 7 September 2011 - Tidak kurang daripada 500 rumah di pusat bandar Texas hangus, semalam. Ia merupakan malapetaka yang menghancurkan bandar "Cowboy" melalui kebakaran yang sangat dahsyat.

Jurucakap Pejabat Perhutanan Texas, Victory Koening mengatakan, terlalu awal untuk menyatakan usaha memadamkan api yang sangat besar di pusat bandar Texas walaupun semalam angin relatif tenang dan tidak membuat api semakin membara.

Ribuan penduduk Texas terpaksa bermalam di tempat yang jauh daripada kediaman rumah mereka sekitar 25 batu daru timur Austin berikutan api yang marak di kawasan tersebut.

Orlando Bermudez, tenaga kerja di Pusat Perkhidmatan Cuaca Nasional mengatakan bahawa selepas angin di kawasan berhembus hingga 30mph pada hari isnin yang lalu, ia turun semalam sekitar 5 mph dan dijangka akan mencapai sekitar 10 mph menjelang siang. Dengan keadaan angin relatif yang tenang boleh membantu menamatkan kebakaran yang teruk itu.

Api yang menjalar dengan sangat cepat berpunca daripada badai Tropis Lee. Api ynag sangat marak membakar sekurang-kurangnya 25.000 hektar pada hari isnin semalam.

"Menunggu adalah perkara yang mengecewakan," kata Fina Thurman, 47, sambil menahan air mata, saat dia duduk bersendirian di tempat yang teduh di tepi jalan berhampiran dengan Gereja Katolik."Mungkin anda tidak tahu rumah anda sudah terbakar hangus," kata seseorang kepadanya.

Angin yang kencang beserta dengan keadaan yang kering menyebabkan api cepat merebak dan memusnahkan bangunan dan rumah.
Api yang menghancurkan sekurang-kurangnya 476 rumah, dan sekitar 250 petugas yang ditugaskan untuk memadamkan api kebakaran di Bastrop County, kata Ronnie McDonald.

Di bahagian barat Austin di Travis County, hampir 20 rumah hangus dan 30 lagi rosak akibat kebakaran. Lebih dari 1.000 rumah di ancam api yang akan dapat mengahancurkan seluruh bandar itu.

Sekurang-kurangnya dua pertiga dari State Park, berkeluasan 6.000 hektar di Bastrop telah terbakar. Taman tersebut merupakan tempat lindungan haiwan yang hampir pupus di Houston, manakala beberapa bangunan bersejarah yang dibina pada tahun 1930-an dan 1940-an, yang seharusnya dilindungi turut terbakar, kata Mike Cox dari Pusat Taman Hidupan Liar Texas.

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook