Wednesday, September 7, 2011

Larangan Azan Di Sepanyol


gambar hiasan

Sebuah bandar di timur laut Sepanyol yang mempunyai populasi umat Islam sebanyak 40 peratus dilaporkan larangan mengumandangkan azan dari menara-menara masjid di bandar tersebut.

Ketua Kota Salt Jaume Torramade menegaskan bahawa panggilan azan tidak boleh dikumandangkan di kota tersebut selagi mana ia menjawat jawatan tersebut.
Ketua Kota tersebut telah menuduh pendatang yang beragama Islam di sana memiliki ciri-ciri 'radikalisme' selama bertahun-tahun yang lalu, laporan daripada kenyataan Institut Hudson.

Dalam sebuah wawancara baru-baru ini, Torramade menunjukkan bahawa "beberapa tahun lalu, wanita Maghribi lebih kebaratan, namun kini orang melihat lebih jauh daripada itu."

"Sejumlah besar pendatang yang beragama Islam di Salt telah menarik para imam yang menegakkan undang-undang atai kod berpakaian Muslim. Wanita Muslim yang dahulu masih mengenakan seluar jeans, akan tetapi kini mereka telah menutup rambut mereka dengan tudung.

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook