Tuesday, September 6, 2011

ICRC Di beri Kebenaran Memasuki Penjara Syria

6 September 2011 – Semalam, pertemuan telah dibuat antara Ketua ICRC (International Committee of the Red Cross) bersama Presiden Syria, Basar Assad untuk memberi kebenaran melawat pusat tahanan di Syria.

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah atau ICRC berkata, mereka telah diberikan kebenaran buat kali pertama ke pusat tahanan Syria.

ICRC menyifatkan keputusan itu adalah bertujuan untuk memastikan bahawa tahanan dilayan dengan berperikemanusiaan dan maruah mereka dihormati dan dipelihara di Syria berikutan beribu-ribu orang telah ditangkap sepanjang 6 bulan usia pergerakan protes di negara itu.

“Pihak berkuasa Syria telah memberikan kebenaran ICRC untuk masuk ke tempat tahanan untuk pertama kalinya.”beritahu President ICRC , Jacob Kellenberger dalam kenyataannya mengenai pertemuan dengan President Syria, Bashar Al-Assad semalam.

Beliau berkata ICRC telah dibolehkan melawat pusat penjara Syria di pinggir bandar Adra pada hari ahad yang lepas.

“Pada mulanya, kami sudah pun mendapat kebenaran untuk melawat mereka yang ditahan oleh Kementerian Pendalaman, dan kami amat berharap tidak lama lagi dapat melawat kesemua tahanan yang ada. Ini adalah langkah penting kehadapan dalam aktiviti kemanusiaan kami di Syria.” Ujarnya lagi.

Semasa perbincangannya dengan Al-Assad, Kellenberger berkata beliau telah membincangkan mengenai kekerasan yang digunakan oleh pasukan keselamatan dan perlunya untuk menghormati fizikal dan psikologi kesejahteraan tahanan, serta perkembangan terbaru di negara itu sejak lawatan terakhirnya pada bulan Jun yang lepas.

Kellenberger berkata fokus utamanya adalah untuk memastikan mangsa yang cedera dan sakit mendapatkan rawatan perubatan yang secukupnya.

Lebih dari 2,200 orang telah terbunuh di Syria sejak protes sepenuhnya bermula pada 15 March, mengikut laporan yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan lebih 10,000 orang aktivis telah ditahan.

Mengikut laporan persatuan hak asasi manusia London (Amnesty International), bilangan kematian di penjara SYRIA meningkat secara mendadak dan ia telah menunjukkan sikap dan perbuatan kejam yang telah dilakukan oleh pihak keselamatan di pusat penjara diSyria.

Tidak kurang 88 kematian telah dilaporkan kepada Amnesty International ketika bermulanya tarikh 1 April dan 15 ogos. Kematian itu termasuklah 10 kanak-kanak yang berumur diantara 13 dan 18 tahun. Di sana sudah membuktikan bahawa penderaan yang dilakukan kepada tahanan telah menjadi penyebab dan penyumbang kepada kematian”

Tentera teruskan tindakan keras.

Secara berasingan pada hari Isnin yang lalu, pasukan keselamatan Syria menggeledah rumah dan membuat tangkapan dalam perkampungan yang berdekatan dengan sempadan Turki ketika pemburuan terhadap Peguam Negara baru-baru ini yang menyertai gerakan protes negara itu, kata aktivis.

Adnan Bakkour, pegawai kanan kerajaan Syria diburu kerana berpaling tadah ke arah pembangkang bermula ketika mana beliau muncul dalam video minggu lalu yang mengkritik kerajaan atas tindakan keras dan kejam terhadap pembantah dan mengumumkan mengenai perletakan jawatannya.

Omar Idilbi, jurucakap kepada Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan, salah satu kumpulan pembangkang Syria,memberitahu sekurang-kurangya seorang dikalangan beratus-ratus orang yang cuba menyeberangi sempadan ke Turki telah terbunuh ketika serbuan tentera keselamatan.

Pejabat Gabenor di selatan Turki wilayah Hatay menghantar ambulan ke sempadan untuk mengambil mereka yang tercedera dalam kejadian itu. Laporan dari televisyen Turki, tanpa memberikan jumlah mereka yang tercedera.

Syria telah mengharamkan wartawan asing masuk ke negara itu. Itu lagi menyukarkan untuk mengesahkan laporan.

Pasukan keselamatan juga melancarkan serangan ke atas bandar-bandar utama Hama dan Homs, di mana mereka melepaskan tembakan sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya enam mati, kata aktivis.

"Lebih daripada 30 kenderaan tentera dan pasukan keselamatan menyerbu bandar Hama pagi ini dan tembakan kuat kedengaran di bandar tersebut, " kata Omar Idlibi.

Sumber : Al jazeera


0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook