Monday, September 5, 2011

Imam Solat Terbunuh Setelah Memimpin Solat Subuh Di London

London 5 September 2011 - Seorang imam berketurunan Lubnan terbunuh setelah memimpin solat Subuh di Gedung Kebajikan Muslim di London, kata Islamic Center di kota itu pada hari sabtu (3/9).

Syeikh Maymun Zarzur ditemui mati pada hari Jumaat lalu setelah memimpin solat subuh di pusat komuniti Islam Inggeris. Polis mengatakan mereka telah menangkap seorang lelaki di lokasi kejadian atas tuduhan melakukan pembunuhan itu.

Menurut seorang pegawai Ikhwanul Muslimin di Lubnan, Zarzur merupakan warga Lubnan dari wilayah selatan Al-Iqleem Kharoub yang berusia lingkungan 40-an. Zarzur telah menjadi imam Gedung Kebajikan Muslim di London utara sejak tahun 2009 lagi.

"Imam kami telah minggal. Dianggarkan bahawa ia dibunuh di pejabatnya. Syeikh sangat ramah dan tidak pernah bertengkar dengan sesiapa pun dengan masyarakat setempat sejak dia berkerja di sini," kata Islamic Center di tempat tersebut.

"Seorang lelaki ditangkap di lokasi kejadian kerana disyaki melakukan pembunuhan tersebut. Setakat ini, kami belum lagi melakukan penangkapan secara lanjut. Penyelidikan terus dilakukan untuk menyiasat motif pembunuhan," kata pihak polis.

Gedung Kebajikan Islam ditubuhkan pada tahun 1970 dan berfungsi sebagai pusat komuniti Muslim.

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook