Monday, September 5, 2011

Tentera Salib Barat Membunuh Muslimah Afghanistan

Tentera Salib dari kalangan pimpinan Amerika Syarikat dengan kejamnya membunuh seorang muslimah Afghanistan di wilayah utara Balkh di negara yang penuh dengan pertumpahan darah itu. Keadaan ini telah disahkan oleh ISAF (International Security Assistance Force).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, ISAF mengaku bahawa pasukan tenteranya tidak sengaja membunuh seorang orang awam yang tidak bersenjata ketika melalui di kawasan tersebut tengah malam.

Kerajaan Afghanistan berkali-kali menyataan pendirian bahawa tindakan yang dilakukan tentera asing terhadap orang awam sangat biadab. Bahkan Pesiden Afghan, Hamid Karzai pernah meminta para tentera salib ini berhenti mencari mujahidin Taliban di antara orang awam.

Berdasarkan laporan dari PBB, enam bulan pertama tahun 2011 ini telah mematikan peperangan yang hampir satu dekad berlaku di Afghanistan, di mana 1462 orang awam terbunuh. Angka ini semakin naik kepada 15 peratus daripada jumlah orang awam yang terkorban sepanjang tempoh yang sama tahun lalu.

Situasi keselamatan di Afghanistan bertambah buruk ditambah pula apabila NATO memimpin lebih kurang 150000 pasukan tentera di negeri tersebut.

Sumber : Arrahmah.com

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook